Mahu sahaja galasan ini ku campak jauh jauh.
Tapi bukan senang aku nak buang.
Nak melontarnya pun guna tenaga yang banyak.
Berat teramat berat.
Untuk berhenti dan memberi pada orang pun rasa tidak berdaya.
Akhirnya, aku bawa juga.
Berjalan tanpa henti.
Berat pun tak berhenti.
Orang memang peduli.
Ada orang memang simpati.
Tapi, mereka juga ada galasan sendiri.
Mana mungkin mereka akan mengambil galasan orang lain.
Biarpun galasan mereka ringan.
Ya, tampak ringan seperti aku.
Tapi sebenarnya berat.
Jadi kembara lah aku dengan galasan ini.
NASIB KAU LAH BAHU!