Berat! Ya berat sangat rasanya. Tak tahulah kalau diri ini mampu menanggung berat yang dipikul ini. Mahu menchari bahu untuk menumpang tanges, namun diri takut akan kelemahan yang akan terpanchar, memang aku ego tuk mengaku lemah dan fragile. Tapi aku kan manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Titik titik peluh keringat ku dikerah hanya tuk berbakti, kehendak dan keinginan ku ditolak jauh jauh.....Mahu saja aku mengeluarkan kejian tapi aku baru shaja mendengar tazkirah ustaz Selasa yang lalu. Puasa dapat menyucikan hati tajuknya. Diungkapkan ustaz penyakit-penyakit hati. Empat yang besar dicheritakannya. Salah satunya adalah takabur atau takbur. Puasa bukan shaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi segala-galanya. Nah, menahan diri daripada mengeluarkan perkataan-perkataan yang berunsurkan takbur juga ditegah, makanya kita tidak lagi berpuasa yang penuh. Sebab itu kata ustaz, Ramadhan ini bulan Allah. Kerna bulan inilah ibadah kita ditentukan oleh-Nya. Hanya Allah shaja yang mengetahui tahap puasa seseorang itu..Aku perchaya Allah itu Maha Adil dan Bijaksana, pastinya setiap ujian yang diberikan kepada aku adalah untuk mengukur keimanan ku kepada-Nya. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri.
No comments:
Post a Comment